Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu berkata parti itu hari ini memutuskan
untuk menyertai perhimpunan 'Black 505' anjuran Pakatan Rakyat yang
akan diadakan pada 15 Jun ini.
Mohamad berkata, jawatankuasa PAS
pusat hari ini sebulat suara bersetuju agar parti tersebut mengambil
bahagian dalam perhimpunan berkenaan.
Perhimpunan tersebut antara
lainnya dirancang sebagai kemuuncak bagi siri perhimpunan untuk
membantah penipuan yang didakwa berlaku dalam pilihan raya 5 Mei.
"Ya.
Kita akan hadir. Dalam mesyuarat tadi semua sebulat suara bersetuju
untuk hadir," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat tersebut di ibu
pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini.
Kenyataannya itu menjawab
teka-teki yang timbul ekoran kenyataan Ketua Dewan Ulama Datuk Harun
Taib bahawa parti itu tidak menganjur atau mengambil bahagian secara
sukarela dalam perhimpunan berkenaan.
Harun dalam kenyataannya minggu lalu berkata, PAS bertindak demikian kerana menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.
Katanya, PAS sebaliknya memberi fokus kepada persiapan bagi pilihan raya umum akan datang.
Turut hadir dalam mesyuarat hari ini ialah presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
-MALAYSIAKINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan